Make your own free website on Tripod.com

 
dj.jpg (10517 bytes)

Aku adalah sebuah motosikal Honda C70 yang telah banyak berjasa kepada tuan aku.
        walaupun nampak seperti baru...tetapi sebenar   umurku telah mencecah 17 tahun. Aku  begitu matang dan berpengalaman di setiap ceruk jalan raya di Malaysia terutama jalan raya di KL, PJ, CyberJaya mahupun di Besut. Enjinku memecut begitu lancar dan bertenaga.Tidak hairanlah ramai yang terpegun dengan kehebatanku.

Aku tetap aku.

Biodata:

Enjin: 4 lejang, 72 cc
Berat tanpa beban: 48kg
Bilangan roda: 2
Bilangan kebuk: 1
Kelajuan maks: 110km/j
0 - 100km/j: 30 saat
Warna:Hitam kelabu
Muatan duduk: 2
Kawan: KW 939, MAM 832, JEB 8019,PBG 1872,
NAA 3587,ACB 7440,QSB 6416,WBQ 1541,DV 5312,
KAH 2934.
Makanan/minuman: minyak perasa petrol tanpa plumbum atau berplumbum.
 

 
  Pencapaian:

1) Piala Cub c70 1982 - kedudukan no. 3 (daripada 3 peserta)
2) Piala SuperCub 1983 - gagal menamatkan perlumbaan  kerana ekzos gugur.
3) Piala GP Besut  kategori Novice 1984 - disqualified kerana gagal membayar yuran.
4) Piala GP Terengganu kategori Expert 1984- tempat pertama tapi piala ditarik balik kerana masih belum menyerahkan yuran.
5) Piala Cub winners Cub 1985 - percubaan berani menunggang tidak memakai helmet, kedudukan 10.
6)1986-1996 - tidak menyertai apa- perlumbaan enjin barai.
7) Piala GP UM kategori veteren bawah 80cc 1996 -menumpaskan PAW dan KP yahama 80cc warna merah (tempat terakhir kerana enjin mati secara tiba-)
8) Piala GP Pantai Dalam 1997 kategori Expert/Novice -tersilap memilih tayar kerana litar basah.
9) Rali GP motor Cub KL kategori Expert 1998 - tidak sempat menghabiskan perlumbaan kerana masalah bateri lemah.
10) Tahun 1999 adalah secara rasminya  bersara daripada perlumbaan.

 

Wallpaper motor- Idola Anda !

 

 
  Guestbook:
Design by Nizam Corp. ,1999